19.4.09

Kihkihkih...

Cakap saya bilang!

Kelas darjah 1 B tiba-tiba berbau. Cikgu kelas
bertanya kepada kanak-kanak di dalam kelas tu.
"Siapa kentut ni?? Bau betul!! Cakap! Cakap!
Semua kanak-kanak diam saja...Tu cikgu tanya lagi.
"Cakap saya bilang!!Cakap! Siapa yang kentut?"
Tapi, kanak-kanak semuanya diam. Tapi, tiba-tiba seorang anak angkat tangan.
"Oh...kau yang kentut yaa..." jeling guru dengan mata yang tajam.
"Tidak Cikgu... Tidak,"kata anak itu.
"Jadi, kenapa kau angkat tangan?"
"Emm...tiada yang cakap. Cikgu saja. Barangkali cikgu yang kentut...." kata anak itu dengan suara yang terketar-ketar sambil menutup mulutnya. Ini diikuti dengan "Ha ha ha haaa.... " dari semua murid. Hati tu cikgu bagaikan dikejutkan dengan petir dan kilat tapi masih mampu tersenyum lebar. Bukan apa! Tapi, macam logik juga kata-kata anak yang comel ini(fikir guru berkenaan).
" Adoi giaa...Cuteeee...betul kau Boboy..." katanya sambil menahan sabar tapi perut bergerak-gerak juga kerana menahan ketawa. He he he ...

No comments:

Post a Comment