25.6.09

BIAWAK!!!

Ni la binatang yang kasi habis ayam sini rumah. Celaka btul. Penat2 org pelihara ayam, senang2 saja dia kasi habis. Tp sayang... Nasib dia kemarin tidak berapa bagus. .. Time2 sy sama kazen sy buat tu kandang ayam, tiba2 dngar dia sana dkt pagar siring kolam. Apalg, pnyala laju kazen sy "mananangkus" (berlari) utk tangkap ni biawak. hahaha... Skjp sj sana sdh dia pagar. Dia tarik ekor ni biawak, trus dia "swing" guna tu tukul yg ngam2 di tangan dia. Pening trus tu biawak. 2 kali sj dia swing, tu biawak berdarah sdh kepala. Sy pula masi ternganga sana pegang tu lantak. Ondos ku tdk la dia dpt. Tp untung jg la dia dpt.hahahaha. Kurang sdh la ni binatang sini rumah.Nah, ada sdh pomusas dia tu. hahaha....




21.4.09

K.A.H.W.I.N!!!

Kalau mau melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya rasa pepatah melayu ini ada juga kebenarannya. Tapi bagi sayakan, kalau mau mendidik anak bukan saja dari kecil tapi kalau boleh dari kandungan lagi. Kalau ibu dan bapa kaki minum, anak ini akan jadi kaki minum juga. Maka olehi itu, sebelum merancang keluarga, haruslah ada wawasan terlebih dehulu, sebab banyak ibubapa yang mau anak tapi bila ada anak, anak itu disiksa dan dibunuh dengan kata-kata sehinggah anak membesar bukan dengan susu cap junjung tapi anak itu penuh dengan penyakit batin. Bagi kamu para remaja yang mau kahwin, fikirlah masak-masak campur bawang dan halia. Jangan kahwin kerana nafsu dan sebab semua orang mau kahwin. Tapi tanya diri kamu kenapa kamu mau kahwin??Jangan bila sudah kahwin, tidak ada bikin belanja beli susu budak....???

Bikin Pusing Perut!!!


Kesian ini anjing kena paksa cium atau hidu seluar dalam (santut) yang mungkin sudah berbulan-bulan belum kena cuci hanya untuk mencari penjenayah yang di kehendaki kerana terlepas lari. Saya rasa seluar dalam ini bukan kepunyaan orang jahat tapi saya rasa santut ini adalah kepunyaan orang kampung yang kena cirit birit dan terpaksa menanggalkan seluar dalamnya kerana ada tahi. Kalaulah saya seekor anjing, saya pun tidak berani mau cium atau hidu seluar dalam ini. Kalau kamu mau tau seluar dalam ini kepunyaan siapa...???...Cuba kamu cium seluar dalam ( santut) ini barulah kamu tau siapa orangnya...*** hehehe...

20.4.09

Aduii... Bikin Pening Perut...


Baru-baru ini saya ada piara satu orang kuching hitam, tapi masalahnyakan dia selalu bergaya macam munyit. Kadang-kadang dia makan pisang dan kadang-kadang dia bergayut macam munyit. Kermarin petang apabila saya bangun dari tidur petang, saya terkejut dan terperanjat apabila saya tinguktu kuching saya bertukar jadi monyet. Saya pun tidak faham mengapa perkara ini harus terjadi. Maka dari itu, ada diantara kamu mau jadikan binatang ini anak angkat ka?? Bagus ini kucingmunyit saya ni tau. Dia tidak pandai hisap sigup dan tidak pandai main handphone. Sewaktu dia masih lagi kucing, namanya adalah "kucingtahimu" sekarang namanya sudah tukar. bukan lagi "kucingtahimu" tapi namanya, "whowhoyeya" ....kihkihkih....

(bila sy tnguk tu gambar btul2 kn, sy teringat sama 1 kwn. Miscx_purple88... hehehe....)

SMS!!!

Pernah dengar "SMS”? Ini bererti "Short Message Service” .Atau Servis penghantaran mesej yang pendek. Mustahil kamurang tidak tahu. Budak-budak zaman sekarang, umur 7 tahun pn sudah tahu apa tu SMS. Nenek sj kali yang tidak tahu.hehehe… Tapi SMS ini juga ada erti yang lain. Antaranya,tapi ini menurut idea sendiri-sendiri lah.....Hehehe ...

Saya Mencintaimu, Sayang...
Suka Makan Saja!
Selalu Marah Saya!
Selamat Melayani, Sayang...
Sasau Memang Sedap.
Sial! Makan Suap!!!(Rasuah lah tu).
Senang Melakukan Servis.
Silaka! Malas! Sampalau!(Cilaka!Marahlah bah ni...)
Selalu Memberi Sumbangan(Derma)
Semoga Mendapat Sumbangan.
Silakan Minum, Sayang..
Silakan Makan, Sayang...
Semoga Mati Segera!!(Marah betul ni!!!)
Sedapnya Masakan Sayang...
Sabarlah Menanti Sayang...
Siulan Menggoda Motii...
Saya Mahu, Sayang...
Silap Mah...Sayang.
Setia Menantimu, Sayang...

Nah! Begitulah kehebatan SMS. Baguskan main SMS!!! Sudahlah murah, mesej pun terus dapat. Bercakap-cakap tu bahaya. Siok-siok bercakap habis kredit pula! Kalu boyfriend/girlfriend merajuk, susah-susah lg mau call.Bagus main SMS aje lah...kihkihki

19.4.09

Words Of Inspiration...


This is my parish priest in St.John Church, Tuaran. Try to hear what he say... Give me your opinion. Thank you...

Lelaki vs Wanita!!! Siapa Menang??

Lelaki Lwn Wanita!!!

Bila gambar keluarga terletak di atas meja

Lelaki -Seorang bertanggungjawab
Wanita -Jenis yang pentingkan keluarganya sebelum kerjaya

Bila meja bersepah-sepah
Lelaki -Rajin bekerja dan seorang yang sibuk
Wanita -Tidak tau jaga kebersihan

Bila sedang bercakap dengan rakan sepejabat
Lelaki -Sedang berbincang tentang pekerjaan
Wanita -Mengumpat dan bergossip

Bila tidak berada di mejanya
Lelaki -Tengah meeting
Wanita -Dalam tandas sedang bersolek

Bila tidak ada di pejabat
Lelaki -Jumpa customer atau supplier
Wanita -Keluar shopping

Bila makan tengahari bersama boss
Lelaki - Mungkin akan naik pangkat
Wanita -Mungkin ada hubungan sulit

Bila boss mengkritik
Lelaki -Lepas ni mesti dia akan berusaha meningkatkan pencapaian
Wanita -Lepas ni mesti merajuk

Bila boss bersikap tidak adil
Lelaki -Marah
Wanita -Menangis

Bila akan berkahwin
Lelaki -Akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini
Wanita -Mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang

Bila mempunyai anak
Lelaki -Memerlukan bonus atau kenaikan pangkat
Wanita -Membebankan wang syarikat dengan cuti bersalinnya.

Bila naik pangkat
Lelaki-Mungkin "Lupa" isteri dan anak-anak & Kuat "Aramai Tii!"
Wanita-Ingat anak-anak

Bila keluar untuk urusan perniagaan
Lelaki -Bagus untuk membina kerjaya
Wanita -Apa suami/mentua dia akan kata?

Bila berhenti kerja dan mendapat pekerjaan baru
Lelaki -Mengenali yang mana satu memberi kelebihan
Wanita -Lelaki merasa "terancam" .

Bila belum kahwin
Lelaki-Romantik & sabar & Selalu belanja darling
Wanita-Romantik & Manja & Selalu kena kasi belanja.

Bila dah kahwin
Lelaki-Kurang romantik, marah-marah & kedekut.
Wanita-Sabar, segan bermanja & tanggung belanja dapur.

Bila dah tua
Lelaki-Mungkin "menggatal" lagi!
Wanita-Merasa "kesunyian"

Well...betulkah ni? Macam ada juga kebenarannya juga kan..? Hehehehe

Memang Dasar Bersinta!!!

Sajak: Segala-galanya manis!

Didalam dunia percintaan segal-galanya manis. Ya atau tidak??....
Bila jatuh cinta, memang manis sekali...
Bila darling cakap,"I Love you." Wah! manis sekali...
Bila bertunang. Aduh! begitu manis sekali...tak sabar-sabah lagi mau kahwin.
Bila kahwin, Wah! manis sekali.......bergegar seluruh badan.
Bila dapat anak, tambah manis lagi....
Tapi bila dah tua yang tinggal hanyalah kencing manis!
Maklumlah terlalu makan yang manis-manis.
Terkenalah penyakit kencing manis!
Dan si Manis pula, dah tak manis.
Maklumlah dah tua, gigi pun dah rompang!
Muka pun sudah macam "kertas pasir"...
Tapi...dia tetap bertakta di dalam hati...
Aku setia padamu sampai mati, darling!
(hehehe...)

Budak Bertuah!!!

Smart boy!

A young man goes off to a private boarding college. Half way through his studies, he has foolishly finished all his money. So, he calls home. “Dad,” he says, “You won’t believe this that there is a fantastic program here that will teach a dog, how to talk!”
“Wow! That’s amazing. I'll send our dog to that program? How much is the cost?”
“Just $1,500” the young man says.
“Ok." So, his father sends their dog and $1,500. However, sooner than that he runs out of money again. So, he calls home again.
“So how’s our dog doing, my son?” his father asks.
“ Fantastic! Dad, he can talk now!” he says, “But you just won’t believe this, dad. Now, they’ve an advanced class now. They have started to teach the dogs how to read!”
“Read? How do we get our dog in that class?” asks his father.
“Just send $3,500, and I’ll send him to this advanced class.” The money promptly arrives. But there is a real problem. At the end of the year, his father will find out that the dog can neither talk, nor read. So he shoots the dog.When he arrives home at the end of the year, his father is all excited.
“Where’s our dog? I just can’t wait to see him read something and talk!”
“Dad,” the boy says, “I have some bad news. Yesterday morning, just before we left to drive home, our dog was reading the Gossip section of the National Newspaper and then he turned to me and asked, “So, is your daddy still messing’ around with that blonde lady who lives in town?”
The father exclaimed, “I hope you shot that bloody dog! Before he tells your mother!”
“I certainly did, Dad!”
“That’s my boy!”
(Note:The kid went on to be a successful lawyer.)

Kihkihkih...

Cakap saya bilang!

Kelas darjah 1 B tiba-tiba berbau. Cikgu kelas
bertanya kepada kanak-kanak di dalam kelas tu.
"Siapa kentut ni?? Bau betul!! Cakap! Cakap!
Semua kanak-kanak diam saja...Tu cikgu tanya lagi.
"Cakap saya bilang!!Cakap! Siapa yang kentut?"
Tapi, kanak-kanak semuanya diam. Tapi, tiba-tiba seorang anak angkat tangan.
"Oh...kau yang kentut yaa..." jeling guru dengan mata yang tajam.
"Tidak Cikgu... Tidak,"kata anak itu.
"Jadi, kenapa kau angkat tangan?"
"Emm...tiada yang cakap. Cikgu saja. Barangkali cikgu yang kentut...." kata anak itu dengan suara yang terketar-ketar sambil menutup mulutnya. Ini diikuti dengan "Ha ha ha haaa.... " dari semua murid. Hati tu cikgu bagaikan dikejutkan dengan petir dan kilat tapi masih mampu tersenyum lebar. Bukan apa! Tapi, macam logik juga kata-kata anak yang comel ini(fikir guru berkenaan).
" Adoi giaa...Cuteeee...betul kau Boboy..." katanya sambil menahan sabar tapi perut bergerak-gerak juga kerana menahan ketawa. He he he ...